IDEALISME & FALSAFAH
MELAYU
Falsafah Melayu dalam Karya
Agung
Perkataan falsafah berasal
daripada bahasa Yunani atau Greek Purba. Perkataan falsafah merupakan gabungan
dua perkataan iaitu philo yang bermaksud cinta dan sophia yang bermaksud
“kebijaksanaan”. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan
kebijaksanaan”. Menurut Kamus Dewan
Edisi keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu ilmu yang lain. Falsafah
juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran
untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
Menurut
Hashim Hj. Musa (1994). Falsafah merupakan kajian secara renungan dan
spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang
menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Berdasarkan pendapat
pendapat yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu
yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan
hakikat benda benda kejadian di alam semesta.
Falsafah
ialah satu disiplin ilmu yang dapat dihuraikan melalui tiga sudut pandangan
iaitu sudut pandangan bahasa, sudut pandangan pemerhatian praktis dan sudut
pandangan perbezaannya daripada ilmu-ilmu yang lain. falsafah juga merupakan
satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan
falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa arab yang juga berasal
daripada perkataan yang disebut sebagai philosophia.
Falsafah Melayu
Kehidupan masyarakat Melayu
sememangnya tidak terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi
berdasarkan kesepakatan masyarakat. Masyarakat Melayu sangat mementingkan aspek
nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Nilai yang
disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan. Pemupukan
nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebahagian
daripada masyarakat. Nilai sememangnya
menjadi sesuatu yang dekat dengan masyarakat Melayu. Nilai dan etika yang
dipegang menjadi cerminan kepada masyarakat Melayu dan membentuk jati diri
mereka dalam interaksi dan kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, interaksi
yang beradab, sopan, menghormati orang lain merupakan norma- norma yang erat
dengan kehidupan masyarakat Melayu. Nilai yang diamalkan akan menghasilkan
komunikasi dan tingkah laku yang penuh tatatertib yang beradab dan penggunaan
bahasa yang penuh dengan kesantunan .
Falsafah Bahasa dari Sudut
Nahu dalam Sulalatus Salatin
Semua bahasa yang terdapat
di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa
Melayu. Nahu atau tatabahasa merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa.
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.
Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat
yang betul dalam proses berbahasa. Nyanyian dalam karya sulalatus salatin
memperlihatkan penggunaan bahasa yang sangat halus untuk menggambar sesuatu
perkaran. Perkara ini dapat dilihat melalui nyanyian Kapitan Melaka.
Dihela-hela diretak sehasta
Kandis dipenggalkan
Alangkah gila Raja Kecil
Menggusta manis
ditinggalkan
Melihat buah hartal masuk.
(Muhammad
Haji Salleh, 1997: 217)
Nilai
berbudi dan berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat
Melayu dan disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam
karya Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh menunjukkan
ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang
indah seperti pantun dan syair.
Falsafah Alam
Hubungkait antara manusia
dan alam sekitarnya iaitu “bagaimana manusia menggunakan kebijaksanaan untuk
berinteraksi dengan alam. Dalam pemikiran Hamka, alam membantu masyarakat untuk
terus berpegang bahawa segala yang ada di seluruh alam ini telah terancang oleh
Pencipta. Menurut ahli falsafah agama seperti Klaus Klostermaier, kepentingan
memahami alam sebagai unsur yang mempunyai nilai ketuhanan bukanlah sebagai jalan terakhir, tetapi
sebagai jalan yang sebenar dalam memastikan alam sekitar dihargai. Menurut
agama Hindhu dan Kristian juga, kedudukan alam wajib dihargai.
Konsep Falsafah Islam
Falsafah ialah satu
disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Menerangkan
pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan
juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber
berautoriti iaitu al-quran dan as-sunnah.
Falsafah Keadilan dalam
Sulalatus Salatin
Falsafah keadilan dapat
dilihat melalui tindakan Sultan Muzaffar Syah mewujudkan undang-undang untuk
mengelakkan menteri melakukan kesilapan. ganjaran terhadap kesilapan yang
dilakukan ialah hukuman. Dalam karya ini tidak banyak menonjolkan sikap raja
yang adil, tetapi perkara yang banyak ditonjolkan adalah berkaitan sikap raja
yang tidak adil. Beliau memang patut dipuji kerana tidak hanya menceritakan
kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman yang telah dilakukan oleh
raja. Beliau patut dipuji kerana tidak menyembunyikan kezaliman raja terhadap
rakyat dan juga pembesar. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan
ketidakadilan raja. Sebagai contoh, kezaliman yang dilakukan oleh Sulatan Mahmud
Syah ke atas keluarga Tun Fatimah kerana berdendam. Sultan Mahmud Syah telah
membunuh Tun Mutahir, Tun Ali, dan keluarga Tun Fatimah.
Setelah Sultan Mahmud Syah
melihat rupa Tun Fatimah maka baginda pun terlalu khairan. Maka teringinlah
rasa Sultan Mahmud Syah akan Tun Fatimah. Maka baginda berkata dalam hatinya,
“Jahatnya Pa’ Mutahir ini, demikian baik anaknya tiada ditunjukkannya kepada
kita.”
Maka Sultan Mahmud Syah pun
berdendamlah rasanaya akan Bendahara Seri Maharaja.
(Muhamad Haji
Salleh, 1997 : 201)
Falsafah Melayu Berkaitan
dengan Adat
Adat merupakan peraturan
yang diamalkan sejak turun temurun. Adat yang diwujudkan perlu dipatuhi oleh
masyarakat. Dalam Sulalatus Salatin, terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan
oleh golongan raja dan golongan rakyat. Adat yang digunakan pada masa dahulu
juga masih ada yang digunakan pada masa sekaranag sesuai dengan peredaran masa.
Adat Penganugerahan Gelaran
Adat ini dimulakan dengan
menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula
penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang
besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi
anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang
yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput
dengan menggunakan gajah atau kuda.
Mereka
akan diiringi dengan payung dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di
istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang
diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah Bendahara akan diberi lima ceper
persalinan.
Jika
baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat.
Maka dijemput orang itu: jika "Perserian ", Orang Besar-besar
menjemput dia; jika "Persangan", orang kecil menjemput dia; jika
"Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu
patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan
jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan,
dengan payung dan gendang serunai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru,
ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan payung putih dengan
nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung
anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu
payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam
itu akan payung barang orang bergelar juga.
(A.
Samad Ahmad, 1979: 76)
Adat Mengadap Raja di
Balairung
Semasa mengadap raja
terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan di
susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu
bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk
di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan
duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai
memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di
balairung. Situasi ini dapat digambarkan
melalui petikan teks di bawah.
Kemudian daripada itu maka
Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan
ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang
gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda
segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya.
(A.
Samad Ahmad, 1979: 5)
Falsafah Kekuasaan
Falsafah lain yang boleh
dilihat dalam karya agung Melayu ialah tentang falsafah kekuasaan. Kitab
Salalatus Salatin banyak menceritakan tentang kekuasaan raja. Raja sangat
berpengaruh dari sudut pemerintahan. Hal ini demikian kerana, raja berkuasa menitahkan
semua [erkara kepada rakyat dan rakyat wajib menunaikannya jika tidak mahu
dihukum. Kuasa raja yang ditonjolkan juga dilihat sebagai satu tindakan yang
menindas golongan rakyat. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasa dan bertindak
zalim di luat batas kemanusiaan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika rakyat
terlalu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk. Sebagai contoh,
Sultan Mahmud Syah sanggup membunuh keluarga Tun Fatimah kerana terlalu tergoda
dengan kecantikkan dan sanggup merampasnya daripada Tun Ali. Perkara ini boleh
dilihat melalui petikan teks dibawah:
Maka Sultan Mahmud Syah
menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara membunuh Bendahara Seri
Maharaja. Maka segala anak buah Bendahara Seri Maharaja dan kaum keluarganya
berkampunglah kepada Bendahara Seri Maharaja sekaliannya dengan segala
senjatanya.
Maka dibunuhlah Bendehara
Seri Maharaja dan Seri Nara al- Diraja dan segala anak bauhnya yang mau mati
sama-sama dengan dia. Setelah itu maka Sang Sura datang berlari-lari dari dalam
membawa titah pada Sang Sura, “Titah Yang Dipertuan jangan semuanya
dibunuh,tinggalkan akan benih.”
(Muhamad Haji Salleh, 1997 : 205)
Falsafah Waad
Falsafah ini merupakan satu
falsafah yang berkaitan dengan perjanjian yang dikenali dengan Waad. Waad
merupakan kontrak sosial yang dilakukan di antara Demang Lebar Daun dengan Sang
Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan menimpa seperti
menghidapi penyakit kedal iaitu sejenis penyakit kulit. Waad ini dilihat
sebagai satu kontrak atau perjanjian di antara golongan pemerintah dan golongan
rakyat. Perjanjian ini mengandungi perjanjian timbal balik. Sebagai contoh,
rakyat tidak boleh mendehaka kepada raja dan raja juga tidak boleh menzalimi
rakyat. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat patuh kepada pemerintah dan raja
tidak akan bertindak zalim terhadap golongan rakyat.
Maka sembah Demang Lebar
Daun, “Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli
Yang Dipertuan Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Syahadan
jikalau ia berdosya besyar-besyar | dosyanya sekalipun jangan ia difadhihatkan
dan dinista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosyanya dibunuh, itu
pun jikalau patut pada hokum syar’i.
Maka titah baginda,
“Kabullah hamba akan janji bapa hamba Demang Lebar Daun( tetapi hamba hendak
minta satu janji pada bapa hamba.)”
Maka Sembah Demang Lebar
Daun, “Janji yang mana itu, tuanku?”
Maka titah Seri Teri Buana,
“Hendaklah pada akhir Zaman kelak anak cucu bapa jangan durhaka, dan anak cucu hamba,
jikalau ia zalim dan jahat, pekertinya sekalipun.
Maka titah Seri Buana,
“Baiklah, kabullah hamba akan wa’ad itu.”
(Muhamad Haji Salleh, 1997 : 23-24)
Sumber dipetik daripada:
Muhammad
Haji Salleh (1997). Sulalat Al-Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan
dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Samad
Ahmad (2008). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://karyaagung2013.blogspot.com/2013/05/idealisme-falsafah-melayu.html









Tiada ulasan:
Catat Ulasan