KONSEP
RETORIK MELAYU KLASIK
Perkataan
"retorik" menjadi popular dan mula diguna pakai secara meluas semasa
berlakunya polemik antara Munsyi dengan seorang tokoh bicara suatu ketika
dahulu. Kecelaruan dan salah faham mentafsir makna kata ini telah mendorong
Munsyi untuk menulis tentang kata ini dengan harapan semua pihak jelas dan
benar-benar faham maksudnya. Dalam hal ini, bagi sesetengah pihak
"retorik" seolah-olah membawa konotasi negatif negatif. Ada pendapat
yang menyatakan individu yang beretorik ketika berkomunikasi turut dianggap
berwibawa serta pandai memanipulasi minda orang lain dengan menggunakan bahasa
retorik. Tanggapan salah tentang fungsi retorik dalam kalangan pengguna bahasa
seharusnya diperbetulkan. Hal ini demikian kerana retorik mempunyai fungsi yang
penting sebagai salah satu bentuk strategi komunikasi berbahasa.
Menurut
Kamus Dewan (2005:1326), retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa
secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Retorik juga ialah seni
menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau
mempengaruhi pemikiran pendengar. Awang Sariyan (2006:8) menyatakan retorik
sebagai satu bentuk strategi komunikasi berbahasa yang menekankan aspek
keberkesanan dalam perhubungan. Retorik juga melibatkan soal keterampilan atau
kemahiran seseorang mengajukan buah fikiran, idea, atau gagasan. Menurut beliau
lagi, dari segi sejarah awal wujudnya, retorik memang dikaitkan dengan
kemampuan atau keterampilan seseorang itu menyampaikan pemikiran dalam bentuk hujah
atau pidato. Hudson seorang ahli retorik pernah menimbulkan isu ini apabila
beliau menyatakan bahawa retorik pada waktu tertentu telah kehilangan konotasi
positif kerana salah faham sesetengah orang. Menurut beliau lagi, salah faham
ini disebabkan orang tidak faham akan asal usul timbulnya retorik dan fungsi
retorik dalam komunikasi.
Terdapat
beberapa pemimpin dunia seperti Adolf Hitler, Benitto Musolini, J.F Kennedy,
Abraham Lincorn, Sukarno, dan beberapa orang pemimpin Islam yang dikategorikan
sebagai pemidato yang dapat menyampaikan idea, visi atau transformasi kepada
rakyat dengan berkesan. Misalnya, Abraham Lincorn dengan kata-katanya "Of
the people, by the people, and by the people" sudah sebati dengan kita.
Atau kata-kata hikmat Saidina Abu Bakar ketika lantik menjadi pemimpin umat
Islam selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW seperti yang berikut :
"Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang
terbaik antara kamu semua. Untukl itu jika aku berbuat salah, luruskan aku. Sifat
jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah pengkhiatan."
Perdana Menteri kita juga semasa mula- mula dilantik menjadi kita ada juga
menyuarakan kata-kata hikmatnya, iaitu "Bekerja bukan untuk saya tetapi
bekerjalah bersama-sama saya.: Ungkapan-ungkapan tersebut mudah sahaja tetapi
dianggap keramat kerana setiap kali diperdengarkan orang akan terpesona
dengannya.
Penulis
teks atau pengucap yang baik selalunya bijak memilih diksi atau kata-kata. Hal
ini bermaksud kata-kata yang dapat
mengungkap kenyataan, memperhalus, memperbesar, bahkan menyembunyikan realiti.
Dalam retorik, bahasa yang digunakan hendaklah jelas, tepat, mudah, indah, dan
menarik. Pemidato perlu sentiasa berusaha untuk menggunakan kata-kata yang
khusus supaya dapat mendukung maksud sebenarnya.Pemidato sering dinasihati agar
menggunakan kata-kata yang sederhana dan mengelakkan penggunaan kata-kata yang
bombastik. Kata-kata tersebut dimaksudkan sebagai kata yang berdegar-degar dan
lebih besar daripada idea yang cuba disampaikan. Dalam hal yang perlu difahami
oleh pemidato adalah lebih baik menggunakan fakta dan hujah yang mudah ditafsir
dan difahami daripada menggunakan kata-kata yang bombastik ini. Lantas,
penggunaan kata-kata yang tepat, jelas, dan menarik lebih menimbulkan kesan
yang mendalam dan kuat terhadap pendengar. Perkataan tersebut dapat
menggambarkan sikap, perasaan atau keadaan yang dilukiskan oleh pemidato.
Oleh
itu, Munsyi berpendapat sesuatu ucapan atau pidato yang berkesan dan dapat
mencapai tujuannya perlulah disampaikan dengan pelbagai teknik dan digabungkan
dengan unsur retorik. Hal ini demikian kerana ucapan atau pidato yang dapat
memanipulasikan segala unsur retorik yang sesuai tentu kedengaran lebih hebat
dan dapat melonjakkan citra penyampainya, selain mampu meninggalkan kesan yang
dapat diibaratkan sebagai "halwa telinga dan santapan rohani" para
pendengar. Selain itu, kehebatan menyampaikan ucapann atau pidato
memperlihatkan kewibawaan dan keterampilan seseorang perucap atau pemidato itu.
Jelaslah di sini, retorik perlu dilihat dari perspektif positif kerana tanpanya
sesuatu ucapan atau pidato itu boleh diibaratkan sebagai lagu dan irama yang
tidak boleh dipisahkan seperti yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee.
KONSEP
GAYA BAHASA
Gaya
bahasa ialah cara pemakaian bahasa oleh pengarang. (Lim Swee Tim, 2003: 56).
Tambah beliau, gaya bahasa menjadi pemangkin untuk memudahkan hal-hal yang
sukar dan abstrak disampaikan dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan gaya
bahasa akan menghasilkan kesan estetika iaitu kesan keindahan dalam karya.
Definisi ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh Sulaiman Masri,
Abdullah Yusuf dan Mohd Ra’in Shaari (2006:446) bahawa gaya bahasa ialah
susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan
perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya. Hal ini bermaksud, segala
kerja memilih perkataan dengan menggunakan kosa kata yang betul, mudah, tepat,
ringkas, sopan dan penggunaan bahasa asing yang tidak keterlaluan sehingga
mampu menengelamkan bentuk dan gaya bahasa Melayu dilaksakan oleh pengarang.
FRASA
Frasa
secara umumnya merupakan kumpulan kata
yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Manakala menurut ahli bahasa
tradisional pula frasa merupakan rangkai kata satu atau lebih perkataan yang di
gabungkan. Manakala menurut ahli bahasa moden pula, frasa merupakan rangkai
kata satu atau lebih perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan. Lazimnya,
dalam ayat frasa berfungsi sebagai unsur pengisi kepada subjek, predikat, objek
dan keterangan.
Antara
ciri-ciri frasa ialah, frasa boleh diperluaskan iaitu dengan menambah perkataan
lain. Selain itu frasa juga boleh disisipkan dengan unsur lain misalnya
menambah perkataan, perkataan lain di tengah-tengah frasa. Malah, frasa juga
merupakan konstituen yang longgar kerana boleh digugurkan mengikut konteks
ayat. Bahkan frasa juga bersifat produktif kerana frasa boleh diperkembangkan
lagi dengan frasa yang lain. Di samping itu, bentuk frasa juga lazimnya dalam
bentuk yang umum dan mempunyai kebolehgantian yang tinggi dengan frasa yang
lain. Sungguhpun demikian, frasa merupakan bukan leksikal ataupun bukan
perkataan. Frasa terdiri daripada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama, Frasa
Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Frasa
kerja merupakan binaan yang boleh berdiri daripada satu perkataan atau lebih
dan kata intinya kata kerja. Lazimnya,
kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak
transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh
satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh
objek serta unsur-unsur lain.
Frasa Adjektif merupakan susunan perkataan
yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan
berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat. Secara umumnya
frasa Adjektif terdiri daripada sembilan jenis iaitu, Frasa Adjektif Sifatan
Atau Keadaan, Frasa Adjektif Warna, Frasa Adjektif Ukuran, Frasa Adjektif
Bentuk, Frasa Adjektif Waktu, Frasa Adjektif Jarak, Frasa Adjektif Cara, Frasa
Adjektif Perasaan, dan Frasa Adjektif Pancaindera.
Frasa
sendi nama merupakan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi
nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi tersebut.
Lazimnya frasa sendi nama terletak di hadapan frasa nama. Sungguhpun demikian frasa sendi nama juga
boleh didahului oleh kata bantu. Antara
frasa sendi nama yang lazimnya terdapat dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari,
daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga,oleh dengan, sampai, tentang
dan sebagainya.
KLAUSA
Klausa
merupakan deretan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang terdiri
daripada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Klausa bebas
merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan klausa lain.
Manakala klausa tidak bebas merupakan klausa yang memerlukan klausa lain untuk
melengkapkan struktur ayat. Lazimnya klausa tidak bebas hadir dalam ayat
majmuk.
PENGARUH
BAHASA ASING
Pengaruh
bahasa Sanskrit
Pengaruh
bahasa Arab









Tiada ulasan:
Catat Ulasan